Isnin, 12 Disember 2016

HALAMANKU

assalammualaikum w.b.t.

Disini saya ingin menceritakan tentang kampung halaman saya yang beralamat di kampung berangan,pasir puteh,kelantan. Kampung saya berada di tengah-tengah antara kampung banggol dan kampung lepah,dan mempunyai pemandangan yang indah kerana terdapat sawah padi dan bukit-bukit yang membuktikan keajaiban alam sekitar.

Saya ingin menceritakan tentang kampung halaman saya. Saya sekarang berada di kolej untuk melanjutkan pengajian dalam program ijazah sarjana muda teknologi maklumat(kepujian). Sudah lama saya tidak pulang ke kampung halaman yang membuatkan saya rasa rindu terhadap suasan kampung yang tercinta. Saya tidak tahu kenapa hati saya berasa untuk menuliskan cerita tentang kampung halaman yang tercinta dan kenangan-kenangan pada masa kanak-kanak atau masa kecil. Menurut saya,masa paling terkesan atau menjadi kenangan adalah tetap pada masa kanak-kanak di kampung halaman. Di mana pada masa itu saya menghabiskan masa bersama alam sekitar yang terlalu indah untuk saya dan keluarga.


Semua orang pasti mempunyai cerita tentang kampung halaman masing-masing dan masing-masing pasti menceritakan tentang kenangan semasa di kampung halaman kerana perjalanan kehidupan seseorang itu berlainan dengan kita. Ada masanya kita jatuh tersungkur yang membuatkan kita terfikir pada masa yang lepas atau telah berlalu di mana yang membuat kita sedih dan hampir berputus asa. Dalam kehidupan ini  pasti ada dua kategori iaitu kaya atau miskin yang membuatkan kita berada di atas atau berada di bawah. Di mana pun kita berada atas atau bawah,janganlah kita lupa di mana bermulanya kehidupan kita yang memberikan semangat yang kuat untuk kita.

Saya jarang balik ke kampung halaman kerana saya melanjutkan pengajian di kolej bagi mencpai cita-cita saya. Dari segi pemandangan kampung saya,kebanyakkan sudah berubah berbanding pada masa saya kecil dan sebelum saya meninggalkan kampung halaman saya untuk melanjutkan pengajian.


Gambar diatas merupakan pemandangan sawah padi,di kampung halaman saya,di mana ia menunjukkan keindahan alam semula jadi. Saya selalu pergi ke sawah pada waktu petang untuk melihat keindahan dan udara-udara yang segar. Di sawah banyak kenangan-kenangan semasa kanak-kanak apabila saya dan kawan-kawan saya pergi untuk menangkap ikan bersama-sama. Bukan dengan kawan-kawan sahaja,malah dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga untuk melihat keindahan alam di kampung halaman saya.


Ini hasil tanaman padi yang dilakukan oleh penduduk kampung. Gambar diatas menunjukkan tanaman padi telah masak dan boleh di jadikan makanan hasil untuk semua masyarakat berbilang kaum di seluruh negara malaysia.






                                                           SEKIAN TERIMA KASIH....
Saya sekarang berada di kampung halaman. Lama tak pulang kampung membuat saya rindu suasana kampung. Entah kenapa hati saya tergerak untuk menuliskan cerita tentang kampung halaman dan masa kanak-kanak. Menurut saya masa paling terkesan tetap masa kanak-kanak di kampung halaman. Masa di mana saya menghabiskan waktu bersama alam, tanpa beban, tanpa “tanggung jawab” dan tanpa ini itu. Pokoknya mau apa saja terserah.

Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/aldomurtadlo/cerita-dari-kampung-halaman_552a3c396ea834fe50552d05
Saya sekarang berada di kampung halaman. Lama tak pulang kampung membuat saya rindu suasana kampung. Entah kenapa hati saya tergerak untuk menuliskan cerita tentang kampung halaman dan masa kanak-kanak. Menurut saya masa paling terkesan tetap masa kanak-kanak di kampung halaman. Masa di mana saya menghabiskan waktu bersama alam, tanpa beban, tanpa “tanggung jawab” dan tanpa ini itu. Pokoknya mau apa saja terserah.

Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/aldomurtadlo/cerita-dari-kampung-halaman_552a3c396ea834fe50552d05

Tiada ulasan:

Catat Ulasan